Saturday, December 25, 2010

karangan cara-cara menjaga kesihatan

     Marcapada, pada zaman yang serba canggih dan teknologi semakin moden selari dengan arus pemodenan, golongan rakyat Malaysia lebih mengutamakan kerjaya dan cita-cita daripada kesihatan diri sendiri. Mereka tidak mengendahkan dan menghiraukan kes kematian yang semakin meningkat dari saban hari akibat mengalami masalh kesihatan. mereka tidak tahu kesan buruk yang bakal mereka hadapi. Bagi mereka, kerjaya adalah lebih penting daripada menjaga kesihatan. terdapat segelintir masyarakat yang yang tidak tahu cara-cara menjaga kesihatan. pelbagai cara yang boleh kita perolehi untuk menjaga kesihatan diri daripada segi dalaman dan luaran.
    Antara cara menjaga kesihatan diri yang boleh kita ketahui adalah dengan melakukan aktiviti bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan dilakukan selama 20 minit  waktu yang paling minimum. Dengan cara ini, kita dapat memastikan badan kita sentiasa sihat dan cergas. Aktiviti ini bukan sahaja dilakukan pada waktu pagi malah ia juga boleh dilakukan pada waktu petang. Misalnya, mengadakan aktiviti riadah bersama keluarga. Oleh itu, tiada alasan untuk rakyat Malaysia mengatakan tiada masa untuk melakukannya. Faedahnya, bukan sahaja diri kita yang sihat tetapi kita juga akan mempunyai kelurga yang bahagia dan terhindar daripada segala penyakit yang berbahaya.
    Selain itu, kita juga perlu menjaga cara pemakanan harian kita. tiada gunanya jika kita bersenam tetapi tidak mengamalkan pemakanan yang sihat. Sentiasa mengambil makanan yang seimbang kerana ia dapat membantu kita menjaga kesiahatan badan tanpa kita sedari. Elakkan pengambilan makanan yang berlemak, gula dan garam terlalu kerap kerana dipercayai boleh membawa kepada peningkatan penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes dan kanser. Penyakit-penyakit seperti ini melibatkan kos yang tinggi kepada nyawa manusia.
    Seterusnya, menjaga kesihatan diri dan persekitaran rumah juga penting supaya kita dapat menghindarkan diri dan keluarga daripada pelbagai jenis penyakit. Sentiasa mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rumah bersama keluarga pada hujung minggu untuk mengurangkan penularan wabak denggi lebih-lebih lagi di kawasan air bertakung agar kita dapat mengelakkan pembiakkan nyamuk aedes. Wabak ini menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk yang sudah terjangkit daripada haiwan yang merupakan pembawa penyakit. penghidap penyakit denggi ini akan menemui maut dalam jangka masa yang singkat. pastinya jika kita menjaga kawasan persekitaran rumah, kita dapat menghindari keluarga kita daripada menghidap penyakit denggi.
    Selain itu, kita boleh menghadiri pemeriksaan kesihatan percuma di tempat yang telah disediakan. Tambahan pula, ia tidak melibatkan kos yang tinggi jika kita mahu mengenalpasti penyakit yang kita hadapi. datanglah bersama keluarga untuk menjalani pemeriksaan bagi mencegah penyakit sebelum menjadi lebih teruk. Bak kata pepatah "lebih baik mencegah daripada merawat". Pemeriksaan kesihatan ini perlu dijalani sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk memastikan diri kita dan keluarga benar-benar sihat.
    Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mengamalkan gaya hidup yang sihat agar negara dapat melahirkan masyarakat yang aktif dan proaktif. Hal ini, dapat menjana ekonomi negara ke peringkat yang lebih tinggi supaya kita setanding dengan negara-negara barat. Pendek kata, kita haruslah mengutamakan kesihatan daripada kerjaya untuk mendapat gaya kehidupan yang lebih sempurna dan bahagia.
  

No comments:

Post a Comment